Thursday, January 30, 2014

Pemasaran dan Jualan (Marketing and Sales)

Latar Belakang

Saya mendapat banyak pertanyaan dari kawan-kawan yang mengenali saya yang ingin tahu mengenai bidang Jualan dan Pemasaran. Ada yang berkata "saya dah bosan duduk kat ofis...saya nak keluar nak jumpa orang ramai sambil-sambil tu boleh dapat duit, apa kerja yang sesuai untuk saya agaknya?"...; "saya ada produk, macam mana saya nak 'market'kannya?"...; " betul ke buat Sales tu boleh buat duit?"...; "macam mana saya nak kejar 'sales target ' saya?"...; "ekonomi tak menentu, macam mana saya nak kembangkan perniagaan saya, saya tak tahu apa-apa mengenai pemasaran atau jualan?"...; "boleh ke lulusan marketing dapat kerja dengan mudah?"... dan pelbagai lagi.
Gregg Reilly
Di atas adalah beberapa contoh luahan dan soalan-soalan yang selalu dilontarkan daripada kawan-kawan atau kenalan yang mengenali diri saya kerana pengalaman saya yang luas dalam bidang Jualan dan Pemasaran bermula dari tahun 1992. Sebelum itu saya telah mempunyai kerjaya di salah satu bank di negara ini selama 7 tahun. Saya bertukar pekerjaan dari menjadi Pegawai Bank ke Esekutif Jualan (sales Advisor) disalah sebuah syarikat hartanah terkemuka di negara ketika itu. Walau pun bekerja di bank pada masa itu agak terjamin, pendapatan yang saya terima tidaklah seberapa memandangkan saya baru sahaja berkahwin ketika itu. Dan saya juga cemburu ketika memproses kad kredit yang dipohon oleh pelanggan bank, kebanyakan Salesman kereta Proton Saga ketika itu mempunyai pendapatan sebanyak RM4,000.00 sebulan, sedangkan saya yang bekerja di bank dar pukul 9.00 pagi - 5.00 petang, kadang-kadang terpaksa buat 'over-time' sehingga ke malam hanya berpendapatan lebih kurang RM1,500.00 sahaja. Bukannya saya tak percaya pada rezeki Allah, tetapi saya terfikir ketika itu sepatutnya jika saya bekerja lebih  saya akan mendapat pendapatan yang lebih dan itu tidak berlaku pada saya ketika itu.  Saya merupakan seorang yang sentiasa ingin maju di dalam kerjaya saya dan saya juga adalah merupakan seorang yang sukakan cabaran, malah salah satu prinsip hidup saya , kita  tidak akan pergi jauh jika tidak berani menempuh cabaran lalu mengambil keputusan untuk berhijrah. Pada ketika saya mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Pengurus Bank saya pada ketika itu juga, beliau menyarankan saya agar berfikir habis-habisan kerana bekerja sebagai  Sales Advisor   memerlukan target-target yang perlu dicapai, jika tak tercapai target anda akan dibuang dari syarikat. Agaknya mungkin kerana saya seorang bekas ahli sukan, saya mempunyai mentaliti yang agak kuat untuk mengahurungi segala cabaran di dalam kerjaya yang baru iaitu SALES.

10418216-sold-home-for-sale-real-estate-sign-in-front-of-new-house
Walaupun pengalaman jualan saya lebih kepada jualan hartanah, namun pada hakikatnya saya mencuba pelbagai bentuk pemasaran dan jualan termasuklah otomotif, insuran, unit trust, produk pertanian malah juga Multi Level Marketing. Semua ini kebanyakannya dilakukan secara sambilan (part-time).Walaupun industrinya berbeza, namun konsep pemasaran dan jualannya adalah sama. Senang cerita, produk mungkin berlainan tapi konsep memasarkan dan menjualnya  adalah lebih kurang sama. Saya juga mempunyai lesen untuk menjual Unit atau Saham Amanah dan lesen untuk menjual Insuran Hayat. Saya ambil lesen-lesen di atas pada mulanya adalah semata-semata kerana ingin belajar bagaimana cara memasar dan menjual produk-produk yang intangible (produk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar). Saya juga banyak membantu kawan-kawan usahawan membuat kertas-kertas kerja pelan pemasaran (marketing plan) dan jualan (sales plan) malah juga Pelan Perniagaan (Business Plan). Bila anda memahami konsep pemasaran dan jualan itu sendiri, dengan sendirinya memudahkan anda memasarkan apa sahaja produk atau servis yang ditawarkan tanpa mengenal industri.

images (22)
Sehingga ke saat ini, saya masih lagi bertahan di dalam kerjaya saya sebagai Head of Sales di sebuah syarikat hartanah nombor 1 di Malaysia. Memang banyak cabaran dan liku-liku di dalam kerjaya sebagai Esekutif Jualan mahu pun Pengurus Jualan, namun untuk menjadi seseorang yang profesional di dalam bidang Jualan dan Pemasaran, anda harus tabah dan sabar dengan segala cabaran yang anda lalui. Pada masa yang sama, anda juga harus sentiasa bersikap terbuka untuk terus belajar, belajar dan terus belajar. Teringat kata-kata salah seorang Guru Sales saya " everyday is a new day for sales people like us"... maksudnya hari-hari yang akan kita tempuhi itu akan sentiasa berubah-ubah, contohnya; keadaan politik boleh berubah-ubah begitu juga keadaan ekonomi, keadaan sosio sesuatu masyarakat, teknologi-teknologi baru, persekitaran, peraturan dan undang-undang dan sebagainya seperti di dalam rajah di bawah;

stpa0101
PESTLE Business Environment Factor
Pendek  kata, jika anda boleh mengaitkan perkara-perkara tersebut dengan kerjaya anda sebagai sales people mahu pun marketer, anda berupaya melangkah lebih jauh di dalam bidang ini malah ia boleh memberi anda pendapatan lumayan dan boleh menjadikan anda KAYA jika memahami dan tahu melaksanakan konsep-konsep yang ada yang akan disyerkan selepas ini (Rezeki itu datang dari Allah Subhanahuwataala... selain mempraktikkan apa yang dipelajari disini, sentiasalah dekat denganNya dengan selalu bersujud padaNya, sentiasa menyebutNya, sentiasa memujiNya, sentiasa meminta petunjuk dariNya, mintalah redhaNya, minta diberkat rezeki olehNya, Insyallah bidang Jualan dan Pemasaran boleh membuatkan anda mendapat 'unlimited income' pada masa akan datang.
ANDA TIDAK PERLU ADA MASTER DEGREE mahupun Ijazah untuk berjaya di dalam bidang pemasaran dan jualan ini, malah anda boleh menjadi 
mba-degree-graduation
JUTAWAN dengan hanya memahami prinsip, konsep, merangka, menggunakan strategi yang betul perlaksanaannya, tekun, tabah, bermotivasi tinggi, berfikiran terbuka dan konsisten, Insyallah anda akan dapat yang apa anda impikan. Namun begitu, jika  anda memiliki kelulusan-kelulusan di atas adalah lebih baik kerana ilmu yang anda pelajari itu boleh membantu anda mendapat kefahaman yang lebih cepat. Saya belajar untuk mendapat ilmu dalam bidang yang saya selama lebih 22 tahun dan ia dilakukan kerana minat saya yang mendalam didalam bidang pemasaran dan jualan dan dengan serba sikit ilmu yang ada, tak salah rasanya jika saya berkongsi pengalaman dengan anda semua, walaupun industri kita berbeza. Berbeza industri, maka berbeza produknya, jadi terpulang kepada pembaca bagaimana nak diaplikasikan ke industri yang anda ceburi. Salah seorang Professional Sales Consultant  yang berkhidmat dibawah jagaan saya, berumur 28 tahun hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tapi memuliki kereta Porcshe Cayene dan BMW 5 Series, mempunyai 3 buah rumah yang bernilai RM1.8 juta dan sebuah rumah kedai berharga RM1.5 juta.  Beliau juga banyak membuat pelaburan di Lain-lain tempat hanya melalui duit komisen yang didapati melalui Jualan. Semua yang dicapai itu adalah hasil komisen dari Jualan hartanah sepanjang 5 tahun yang lalu.
Sebelum saya bermula kerjaya sebagai Sales Advisor di salah sebuah syarikat memajukan hartanah pada 1992, pemaju hartanah menjual produk-produk mereka dengan membuat banyak kegiatan pemasaran. Maksudnya, ketika itu setelah produk dilancarkan maka pihak pemasaran- Marketing akan membuat segala aktiviti yang bersangkutan seperti marketing research, marketing plan, marketing strategy dan marketing promotion melalui event, iklan di media, papan tanda dan sebagainya. Namun dengan cara tersebut belum tentu  dapat menjual produk mereka memandangkan pemaju-pemaju ini juga mempunyai saingan atau kompetitor di dalam industri mereka.

Untuk memudahkan syarikat mendapat jualan yang lebih efektif, maka diwujudkan Sales Department bagi menjual produk secara terus kepada pelanggan memandangkan bahagian pemasaran itu sendiri mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memasarkan produk syarikat bermula daripada produk, harga, tempat pengedaran dan promosi (product, pricing, placement, promotion - 4P's marketing-mix). Sudah tentu anda perlu menghadiri latihan atau kursus-kursus yang berkenaan untuk memantapkan lagi jualan sesuatu produk. Namun begitu ia juga bergantung kepada sesuatu produk atau services yang ditawarkan. Apa yang dipelajari sebelum ini adalah lebih kepada offline sesuai dengan keadaan namun kerana pada masa ini, dengan teknologi komunikasi tercanggih yang ada, anda boleh menjual produk-produk anda 
cam.jpg
melalui online samada melaui website, blog, e-mail, menerusi media sosial (facebook, Twitter, Link End, You Tube), Viral Marketing seperti SMS, Instagram, WapsApp dan sebagainya. Ramai yang telah berjaya hingga menjadi JUTAWAN atau kaya-raya dengan pengetahuan pemasaran dan jualan yang ada pada mereka. Kenapa mereka berjaya? Kerana mereka faham Konsep Pemasaran dan Jualan dengan cepat lalu menggunakan pendekatan yang betul melalui proses pemasaran dan Jualan itu sendiri.


Seperti yang dinyatakan di atas, walaupun saya berkecimpun di dalam bidang hartanah, namun saya juga menjadi online affiliate marketer dengan menjual produk orang lain secara sambilan. Biasanya saya membuat kerja-kerja online marketing hanya pada sebelah malam.
Maafkan saya kerana terpaksa menggunakan beberapa perkataan dan istilah-istilah di dalam Bahasa Inggeris di dalam blog Pemasaran dan Jualan ini kerana banyak perkataan, ayat atau istilah yang tidak berapa sesuai untuk dialih bahasakan. Maka oleh kerana itu saya mengambil pendekatan yang lebih 'santai' bagi memudahkan anda semua untuk memahaminya.
"YANG BERJAYA ADALAH KERANA DIA BERANI MENCUBA DAN MEMBUATNYA, YANG TIDAK BERJAYA ADALAH KERANA DIA BERANI MEMBUAT ALASAN UNTUK TIDAK BUAT APA YANG DIPELAJARINYA........."

 




No comments:

Post a Comment