Apa kah Wang KWSP anda Menucukupi ketika Bersara?
Soalan-soalan yang selalu bermain difikiran kita. Apakah yang akan dilakukan selepas bersara nanti? Cukup ke perbelanjaan kita menghadapi tua nanti? Siapa akan tolong sara kita nanti? Apa persediaan kita?
Berapa banyakkah yang anda akan terima duit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila anda bersara nanti? RM50,000? RM100,000? RM200,000? RM400,000? RM800,000? atau lebih daripada sejuta RM1,000,000? Jika anda terima lebih daripada sejuta saya ucapkan tahniah kerana anda seorang jutawan. Tapi pada yang lain-lain cukupkah KWSP anda untuk menyara anda dihari tua nanti?
Perkiraan mudah:
Umur Persaraan: 60 tahun
Hayat Umur Lelaki/Perempuan di Malaysia: 73 - 75 tahun.
Jangka Hayat selepas bersara: 15 tahun purata
Purata Perbelanjaan bulanan ketika bersara: RM3,000 sebulan
Darabkan dengan 12 bulan : RM36,000 setahun
Darabkan dengan 15 tahun : RM540,000
Adakah anda mempunyai simpanan di KWSP sebanyak RM540,000 ketika bersara nanti? Perbelanjaan di atas tidak termasuk kos-kos hospital, ubat-ubatan dan lain-lain. Bayangkan jika kos keperluan dapur pada masa datang lebih kurang RM1,000 sebulan, campur bil-bil RM300, kos anak-anak (jika anak-anak masih bersekolah) RM500, kos kenderaan (minyak, penyelenggaraan, tol) RM300, sewa rumah (jika tak mempunyai rumah sendiri atau bayaran pinjaman rumah) dan lain-lain RM900. Jika dicampurkan semua itulah yang akan kita belanjakan pada masa akan datang. Seperti yang disebutkan sebelum ini, itu semua belum lagi dicampur kos-kos perubatan seperti hospital, kos rawatan mingguan, ubat-ubatan dan sebagainya memandangkan di usia lanjut sebigini purata daripada kita akan mengalami masalah-masalah kesihatan.
Kebiasaannya bila seseorang itu bersara mereka akan membayar segala hutang-hutang yang ada dan bagi yang berugama Islam, akan menunaikan fardhu haji. Semua itu nanti akan mengurangkan jumlah simpanan bersih yang kita ada. Pening /?*^$$$$????,
Apa Persediaan Anda menghadapi usia bersara nanti?
Banyak benda yang kita boleh buta sebenranya tapi kena bersedia daripada sekarang. Jangan tunggu last minit. Pada yang mempuniyai kelulusan mungkin boleh buat kerja 'part-time' seperti 'part-time lecturer, jual insuran, jual unit trust dan lain-lain bagi menyara hidup bila bersara kelak. Tapi bagaimana pula nasib orang-orang macam kita ni?...yang tak seberapa kepandaiannya? Apakah masih ada peluang untuk orang-orang seperti ini? Nak berniaga pun tak cukup kerana kena keluar modal besar, nanti dapat KWSP terlalu sedikit...Nak buat apa ya? Macam mana nak bagi cukup? Ada apa-apa Formula yang berkesan ke?
KLIK DI BAWAH:
|
No comments:
Post a Comment