Saturday, December 7, 2013

Berapa Banyakkah Wang Simpanan Anda

Cukupkah Simpanan Persaraan Anda?







TAHUKAH ANDA?
  •  Purata jangka hayat penduduk Malaysia adalah 75 tahun. 
  •  Pada masa ini, pekerja sektor swasta bersara pada umur 55 tahun. Umur Persaraan Minimum dijangka akan ditetapkan pada umur 60 tahun.
  • 72% ahli KWSP yang berumur 54 tahun pada tahun 2011 mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah.
  • 50% pesara menghabiskan simpanan KWSP dalam tempoh 5 tahun.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) tahun 2007 mendapati penduduk Malaysia mempunyai purata jangka hayat sihat selama 66 tahun sahaja.

Dengan purata jangka hayat 75 tahun, penduduk Malaysia dijangka menjadi warga emas yang lemah dan berpenyakit bagi tempoh 8 ke 10 tahun terakhir sebelum meninggal dunia.

Cukupkah simpanan anda untuk persaraan? Kecukupan simpanan persaraan bergantung kepada beberapa faktor seperti :-
           Jangka hayat, umur persaraan, gaya hidup, tahap kesihatan, tanggungan keluarga dan kos hidup; dan Bagaimana anda merancang kewangan sebelum bersara dan merancang penggunaan simpanan selepas bersara. 

Berapa yang anda perlukan apabila bersara?

Bergantung kepada keperluan, tahap kesihatan dan gaya hidup anda.  Jika anda ingin membelanjakan RM8001  sebulan bagi tempoh 20 tahun (55 tahun – 75 tahun), simpanan yang diperlukan adalah sebanyak  RM192,000.  Jika anda ingin membelanjakan RM800 sebulan bagi tempoh 15 tahun (andaian anda bersara pada umur 60 tahun), simpanan yang diperlukan adalah sebanyak RM144,000.

Bagaimana meningkatkan simpanan persaraan anda?

Antara tip yang boleh membantu anda meningkatkan simpanan persaraan adalah: Mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan.  Pelbagaikan sumber pendapatan persaraan dan tidak hanya bergantung kepada simpanan KWSP untuk membiayai persaraan kelak.  Mulai menyimpan dari awal  Lebih awal anda mula menyimpan, lebih banyak simpanan yang dapat dikumpul apabila bersara. Jadikan tabiat menyimpan untuk persaraan sebagai budaya dalam kehidupan.

 Rancang keperluan jangka panjang

Kenalpasti keperluan utama apabila bersara dan berapakah jumlah dan sumber untuk membiayai keperluan jangka panjang berkenaan. Rancang keperluan kewangan dan perbelanjaan serta simpan sebahagian pendapatan untuk keperluan jangka panjang tersebut. 

 Penjagaan kesihatan

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berterusan dan jalani gaya hidup sihat. Tubuh badan yang sihat akan membolehkan anda terus bekerja dan meningkatkan simpanan persaraan anda. Dengan ini, simpanan persaraan tidak perlu dihabiskan untuk membiayai kos rawatan kesihatan, sebaliknya ia boleh digunakan untuk membiayai kos sara hidup yang lain. 

Melabur dengan bijak

Pelabur yang bijak adalah pelabur yang berpengetahuan. Ketahui risiko dalam pelaburan dan sentiasa membuat penilaian terhadap pelaburan secara berterusan. Jangan melabur ke dalam ‘Skim Cepat Kaya’ dan syarikat pelaburan yang tidak berdaftar.

INGAT...
  • Bagi memastikan simpanan persaraan mencukupi, anda seharusnya:-
  •  Melewatkan persaraan dan terus bekerja selagi terdaya;
  •  Keluarkan simpanan persaraan apabila benar-benar memerlukan; dan
  •  Merancang penggunaan simpanan persaraan yang boleh menjana pendapatan sepanjang hayat. 

Apakah Kepentingan Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Persaraan?

Anda tidak seharusnya bergantung kepada simpanan KWSP sahaja sebagai sumber pendapatan untuk membiayai kehidupan persaraan. 

Secara umumnya, simpanan KWSP sahaja tidak mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan. Ini kerana jangka hayat yang panjang, gaji rendah dan bersara awal pada umur 55 tahun menyebabkan simpanan KWSP tidak mencukupi dan habis dalam tempoh yang singkat. 

Jumlah simpanan ini tidak mencukupi untuk membiayai tempoh persaraan lebih kurang 20 tahun. Anda perlu mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan supaya:-
  • Tidak bergantung kepada simpanan KWSP sahaja; 
  • Menerima pendapatan persaraan secara berterusan; dan 
  • Mengurangkan risiko kehabisan simpanan persaraan dalam tempoh yang singkat.

Apakah jenis sumber pendapatan persaraan yang ada? 

Menjalankan kerja-kerja sampingan seperti membuka perniagaan kecil dari rumah, menjadikan hobi sebagai sumber pendapatan, bekerja separuh masa dan lain-lain lagi. Anda juga boleh membeli anuiti yang akan memberikan pendapatan bulanan tetap sehingga ke akhir hayat.

INGAT...

Bak kata pepatah,  ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’. Mempunyai pelbagai sumber pendapatan akan menjamin keselesaan persaraan anda. 

INGAT...

Anda mempunyai pilihan untuk menyimpan bagi tujuan persaraan. Buatlah pilihan bijak demi hari tua anda. Simpan sedikit, lama kelamaan menjadi bukit.

(Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP)


KLIK ATAS LOGO KWSP UNTUK DAPATKAN
KATALOG PERCUMA!!!



 

LIHAT VIDEO UNTUK MENJANA WANG 
SEBELUM DAN SELEPAS PERSARAAN:




KLIK DIBAWAH UNTUK MENDAPATKAN 
FORMULA PERCUMA BAGI MEMBANTU ANDA
MENJANA WANG DARI RUMAH SECARA
AUTOMATIK!!!

KLIK:

No comments:

Post a Comment