Program Affiliate Marketing ini lebih kurang sama jika anda menjadi marketing atau sales agent bagi perniagaan offline. Salah satu kelebihan Affiliate Marketing sebenarnya adalah kerana memberi peluang kepada bakal-bakal usahawan menjual produk orang lain di internet yang dipanggil Affiliate Marketer atau Internet Marketer. Apa yang anda perlu lakukan untuk menjadi Affilate Marketer adalah seperti berikut:-
1. SignUp dengan mana-mana pembekal produk. Banyak pilihan produk untuk menjadi affiliate marketer seperti e-books, produk sukan, kesihatan dan sebagainya. *contoh : Anda mungkin berminat tentang produk software yang boleh menjana pendapatan di online umpamanya, maka anda boleh mencari pembekal-pembekal produk yang anda suka dan daftar.
2. Selepas anda SignUp, anda akan dibekalkan dengan satu link yang dipanggil URL Link yang mana di dalam link tersebut akan mengandungi kod rahsia anda bagi tujuan promosi samada di laman-laman web atau blog. Untuk menjadi FREE Affiliate Marketer, biasanya komisen yang diberikan tidaklah terlalu tinggi namun bergantung juga pada produk yang anda jual. Ada yang memberi komisen yang tinggi tapi anda anda harus membayar beberapa pembayaran sebagai contoh yuran ahli, ada yang anda kena beli produk mereka tetapi anda boleh menjualnya semula sehingga mendapat keuntungan 100% yang dipanggil PLR (Private Label Resell) Rights.
Contoh:
Yuran Penyertaan : RM295.00
Komisen Peringkat Pertama: RM100.00 setiap Jualan
Komisen Peringkat Kedua: RM50.00 setiap Jualan
Bayangkan begini dalam masa sebulan:
Peringkat Pertama anda menjual kepada 20 orang X RM100.00 = RM2,000.00 sebulan
Peringkat kedua yang dibawah anda juga akan menjual kepada 20 orang X RM50.00 X 20 orang yang anda jual = RM20,000 sebulan.
Bayangkan, jika anda secara konsisten menjual produk seperti di atas, anda akan mempunyai pendapatan sekurang-kurangya RM200,000.00 setahun berbanding pelaburan yang hanya RM295.00!
3. Selepas mendapat URL Link dari pembekal, anda cuma perlu copy dan pastekan URL Link tersebut pada mana-mana tempat promosi seperti blog, website, you tube, social media (facebook, twitter dll.), mobile phones (WhatsApp, Instagram) dan sebagainya. Anda harus menarik sebanyak mungkin trafik untuk singgah di touch point anda, sehingga mereka berdaftar dan menjadi pelanggan anda. Harus diingat promosi yang dilakukan mestila konsisten.
- Walaupun anda boleh mempromosi produk anda melalui ruang iklan, forum Social Media dan Mobile Phones adalah baik sekiranya anda mempunyai blog atau laman web sendiri dimana anda boleh menjana lebih banyak trafik jike dipromosikannya di internet. Blog atau laman web seolah-olah menjadi kedai bagi perniagaan offline. Kedai anda itu mestilah mempunyai maklumat-maklumat yang berkaitan bagi menarik perhatian pelanggan. Blog atau laman web menjadi tempat anda memasarkan produk anda dan menjadi penyumbang kepada trafik melalui pengiklanan.Pada masa yang sama ia memberi Branding (Penjenamaan) kepada Anda sendiri dan ini akan memudahkan lagi anda menjual produk di internet.
- Jualan yang dibuat biasanya adalah dari 0.1%-1% dari trafik yang melihat kepada iklan anda. Contoh: Jika satu hari 1,000 orang singgah di paparan internet anda, maka anda berpeluang mendapat 1 hingga 10 orang pelanggan dalam masa satu hari. Jika anda mendapat RM100.00 komisen bagi jualan tersebut, anda berpeluang untuk mendapat RM3,000.00 sebulan dengan hanya di komputer. Jika anda boleh mendapat maksimum 10 orang satu hari, maka anda boleh menjana wang sebanyak RM30,000.00 sebulan.
- Jika anda ingin membuat pendapatan lebih, anda harus banyakkan promosi.
- Anda boleh menggunakan E-Mail, Newsletter, SEO (Search Engine Optimization), Google Adwords, Yahoo Search dan pelbagai lagi supaya promosi anda sampai kepengetahuan pelanggan. (serach engine adalah sistem software yang direka untuk mencari maklumat laman-laman web di seluruh dunia.
4. Setelah berpuas hati, pelanggan anda membeli barangan anda samada melalui deposit bank atau pun kad kredit.
5. Anda akan mendapat pengesahan dari pembekal anda dan komisen anda akan dibayar setelah pelanggan anda membayarnya. Pembekal akan membayar anda samada melalui PayPal atau deposit ke Akaun anda atau membayarnya dengan cek.
No comments:
Post a Comment