Friday, January 17, 2014

Definisi Pemasaran vs Jualan

Ramai orang keliru makna atau definisi sebenar antara Pemasaran (Marketing) dan Jualan (Sales) . Selalunya orang ramai  menganggap Pemasaran (Marketing) dan Jualan (Sales) itu adalah sesuatu yang sama padahal ia berbeza dari segi definisi, skop, fungsi dan  tugas.  
Sales and Marketing Picture
Namun begitu, Pemasaran dan Jualan amat berkait rapat dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Dalam erti kata lain, ia adalah dua muka yang berada di dalam  sekeping duit syilling yang sama yang selalu disalah erti pengertiannya. Jualan memerlukan Pemasaran bagi membantu penjualan terus kepada pelanggan sedangkan pemasaran lebih kepada penyelidikan produk, mencari tapak  untuk memberi tahu pada pelanggan tentang produk dan membuat promosi bagi melariskan jualan produk. Disini boleh dikatakan bahawa jika tidak ada pemasaran maka tidak adalah jualan. Dengan adanya persefahaman dan kerjasama erat di antara pemasaran dan jualan, ditambah dengan pelan tindakan dan strategi yang betul, peluang untuk kejayaan pemasaran dan jualan bagi sesuatu syarikat mahu pun individu  menjadi lebih hebat lagi.  
images (35)
Definisi Pemasaran


Pemasaran adalah aktiviti yang bersangkut paut tentang proses mengenal, memilih dan membuat produk (product), sebutharga (pricing), tempat  pengedaran kepada pelanggan (placement) dan perancangan pelan tindakan bagaimana untuk mengimplimantasikannya melalui promosi (promotion). Kesemua aktiviti 4P’s yang dipanggil sebagai campuran pemasaran ‘marketing-mix’ (Product, Pricing, Placement-distribution channel, Promotion) tersebut adalah untuk pemberitahuan kepada orang ramai tentang produk atau servis yang dihasilkan dan ditawarkan bagi menepati permintaan, kemahuan dan kepuasan pelanggan.
15_Feb_2011_Sales_Graphic
Definisi Jualan
Jualan adalah aktiviti menjual produk atau servis bagi mendapatkan imbuhan dari segi nilai mata wang. Ia juga merupakan aktiviti bagaimana proses interaksi, proses pertukaran produk atau servis,  diantara penjual dan pelanggan bagi membolehkan kedua-dua pihak mencapai satu persetujuan atau kontrak dimana akan terjadi pertukaran produk yang ditawarkan dengan nilai matawang yang sebenar.
Perbezaan diantara Pemasaran dan Jualan


Pada asasnya, tugas Pemasaran adalah untuk memastikan yang segala maklumat atau mesej tentang keperluan, kelebihan dan keuntungan produk sampai kepengetahuan prospek  melalui informasi yang disalurkan melalui promosi pengiklanan, pameran, aturcara dan sebagainya. Ia seolah-olah memujuk propspek untuk membeli produk yang diiklankan.
Jualan pula pada asasnya  merupakan proses yang melibatkan  proses-proses  jualan yang boleh  mengikat pelanggan untuk mencapai kata persetujuan bagi memastikan prospek menjadi pelanggan dengan mengikat kontrak pembelian.  Kedua-duanya amat memerlukan diantara satu sama lain bagi menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Ianya tidak dapat dilaksanakan jika salah satu samada pemasaran atau jualan kurang berfungsi atau tidak mengikut proses yang ditetapkankan.
Marketing-Sales-Serivce
Jika dapat menyatukan usaha kedua-duanya sekali, anda akan mendapat pengalaman dan manafaat bagaimana pertumbuhan perniagaan yang akan dicapai berkembang begitu pesat. Namun begitu, jika kedua-duanya tidak dapat bekerjasama atau kurang usahasama dari kedua belah pihak, maka tindakan ini akan melumpuhkan pertumbuhan sesuatu perniagaan.
Pemasaran anda seharusnya merangkumi strategi yang boleh dikira atau dianalisa, yang bertujuan untuk memujuk prospek seolah-olah mereka adalah merupakan sebahagian daripada syarikat. Ia juga merupakan mesej kenapa prospek harus mengikat kontrak dengan penjual. Ianya boleh dilakukan melalui aktiviti promosi seperti iklan, perhubungan awam, rangakaian rakan kongsi, media social, penjenamaan, aturcara, pameran, direct-mail, e-mail, pemasaran viral, perkhidmatan mesej ringkas (SMS) dan sebagainya.
Selalunya dikatakan begini, segala usaha pemasaran akan membawa kepada pemahaman prospek tentang produk atau servis yang ditawarkan. Ia menjadikan seseorang prospek itu senang untuk menjadi sasaran pihak jualan. Jika pemasaran dilakukan secara efektif maka mudahlah tugas untuk memujuk prospek menjadi pelanggan. Dengan ini ia juga memudahkan lagi tugas penjual untuk mengakhiri jualan dengan kontrak pembelian. Maka akan berlaku pertukaran produk yang ditawarkan dengan nilai pembelian dalam bentuk nilai matawang.
Namun, pada zaman sekarang di dalam putaran jualan (sales cycle), kita tidak boleh mengenepikan servis yang ditawarkan kepada pelanggan selain daripada produk itu sendiri. Ini kerana jika mendapat servis yang bagus, pelanggan biasanya akan datang semula untuk membeli lagi produk anda malah mereka ini juga akan membawa pelanggan-pelanggan baru kepada anda seperti ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan mereka.
Carta Perbandingan di antara Marketing vs Sales
Marketing
Sales
Approach
Determine future needs
Makes customer demand
and  has a strategy in place
match the  products the
to meet  those needs for
company  currently  offers.
the long term relationship.
Process
One to many
Usually one to one
Focus
Fulfill customer's wants
Fulfill sales volume
and  needs thru products
objectives.
and/or  services the
company can offer.
Horizon
Longer term
Short term
Scope
Identifying customer
Once a product has been
needs (research), creating
 created  for a customer
products  to meet those
need,  persuade  the
needs,  promotions  to
customer  to purchase.
advertise  said  products.
Strategy
Pull
Push
Concept
Marketing is a wider
Sales is a narrower .
concept.
.
Priority
Marketing shows how to
Selling is the ultimate
to reach  construction  to
result  of  marketing.
 the Customers  and build
long lasting  relationship.
Identity
Marketing targets the
Sales is the strategy of
of  a brand  identity so
meeting  needs in an
that  it  becomes easily
opportunistic, individual
associated  with  need
 method, driven by  human
fulfillment.
interaction. There's no
premise of  brand identity,
longevity or  continuity.
It's  simply  the ability to
meet a  need at the
right time.

VIDEO FORMULA BISNES BAIK:





DAPATKAN PANDUAN PERCUMA:

KLIK DI ATAS

2 comments:

  1. Slots by Pragmatic Play - AprCasino
    Pragmatic Play. apr casino Pragmatic Play. poormansguidetocasinogambling Pragmatic Play. Slot งานออนไลน์ Machine. The Dog House. Slots. Wild West https://septcasino.com/review/merit-casino/ Gold. Pragmatic Play. https://tricktactoe.com/ Jackpot Party.

    ReplyDelete
  2. informasi yang bagus sangat, saya pun ada perkongisan percuma berkenaan Rahsia Close Sale Conversion Tinggi disini

    ReplyDelete