Friday, September 5, 2014

Proses Jualan

PROSES-PROSES JUALAN

Jualan adalah aktiviti menjual produk atau servis bagi mendapatkan imbuhan dari segi nilai mata wang. Ia juga merupakan aktiviti bagaimana proses interaksi, proses mengenali pelanggan, proses mengenali keperluan dan kemahuan pelanggan, pertukaran produk atau servis, di antara penjual dan pelanggan bagi membolehkan kedua-dua pihak mencapai satu persetujuan melalui tawaran kontrak dimana selepas itu akan melalui proses pertukaran produk yang ditawarkan dengan nilai matawang yang sebenar.







  •  Lead Generation
·         Prospecting / initial contact
·         Pre-approach - planning the sale
·         Approach
·         Need assessment
·         Presentation
·         Meeting objections
·         Gaining commitment
·         Follow-up
·         Sales Closing
·         After Sales Service

·         Referrals

Wednesday, February 5, 2014

Pemasaran - Marketing-Mix 7P's

  "Pemasaran adalah aktiviti yang bersangkut paut tentang proses mengenal, memilih dan membuat produk (product), sebutharga (Pricing), tempat pengedaran  (placement) dan perancangan pelan tindakan bagaimana untuk mengimplimantasikannya melalui promosi (promotion). Kesemua aktiviti yang dipanggil Marketing-mix (Product, Pricing, Placement dan Promotion) tersebut adalah untuk pemberitahuan kepada orang ramai tentang produk atau servis yang ditawarkan bagi menepati permintaan, kemahuan dan kepuasan pelanggan."



Proses untuk mendapatkan pelanggan perlu melalui beberapa pemahaman tentang produk serta tindakan yang perlu dilakukan oleh seseorang jurujual. Selain daripada itu pemahaman tentang produk yang hendak dijual iaitu Proses Marketing-Mix amatlah penting untuk difahami oleh jurujual bagi memudahkan tugas-tugas menjual.


Marketing-Mix 7P's



Product:

1. Bahan-bahan yang digunakan
2. Spesifikasi
3. Reka bentuk
4. Kelebihan
5. Kemudahan
6. Kekurangan
7. Keselamatan
8. Peluang
9. Jaminan
10. dan lain-lain....
              Contoh Produk



Pricing


1. Apakah harga ikut pasaran?
2. Ada apa-apa diskaun?
3. Ada membership privilege?
4. Insentif-insentif yang ditawarkan?
5. Adakah ia pelaburan yang berbaloi (value for money)?
6. Cara pembayaran
7. Kemudahan pembayaran - kredit, points value dll.

Placement

  1.  Tempat pertemuan - Touch Point area 
  2.  Galeri Jualan
  3. Outlets
  4. Website/Blog Landing Page
  5. Retail shops
  6. Dll.....



Promotion








  1. Billboard
  2. Bunting
  3. Banner
  4. Flyers
  5. Katalog
  6. Iklan di Media - Akhbar/Majalah/Artikel
  7. Events
  8. Exhibition/Road Show
  9. Media Sosial (Facebook, Twitter, dll.)
  10. Viral Media (What'sApp)
  11. Dll....

5. Physical Evidence (Bukti-bukti)

  1.  Bukti-bukti produk yang boleh dilihat dengan mata kasar (tangible product)

Produk yang tak dapat dilihat (insuran/Unit Trust/cd download/software dll.)





6. Process/Proses Jualan

  • Suspek (Lead Generation)
  • Approach
  • Presentation
  • Assessment
  • Handling Objections
  • Gaining Commitment
  • Follow Up
  • Sales Closing
  • After Sales Service
  • Referrals

7. People

  • Pengurus Juala
  • Jurujual
  • Pembantu Jualan (Sales Admin Staff)
  • Customer Service
  • Packaging
  • Mekanik
  • Technician
  • dll.


CARA-CARA BUAT JUALAN ONLINE
KLIK DI BAWAH:




Thursday, January 30, 2014

Pemasaran dan Jualan (Marketing and Sales)

Latar Belakang

Saya mendapat banyak pertanyaan dari kawan-kawan yang mengenali saya yang ingin tahu mengenai bidang Jualan dan Pemasaran. Ada yang berkata "saya dah bosan duduk kat ofis...saya nak keluar nak jumpa orang ramai sambil-sambil tu boleh dapat duit, apa kerja yang sesuai untuk saya agaknya?"...; "saya ada produk, macam mana saya nak 'market'kannya?"...; " betul ke buat Sales tu boleh buat duit?"...; "macam mana saya nak kejar 'sales target ' saya?"...; "ekonomi tak menentu, macam mana saya nak kembangkan perniagaan saya, saya tak tahu apa-apa mengenai pemasaran atau jualan?"...; "boleh ke lulusan marketing dapat kerja dengan mudah?"... dan pelbagai lagi.
Gregg Reilly
Di atas adalah beberapa contoh luahan dan soalan-soalan yang selalu dilontarkan daripada kawan-kawan atau kenalan yang mengenali diri saya kerana pengalaman saya yang luas dalam bidang Jualan dan Pemasaran bermula dari tahun 1992. Sebelum itu saya telah mempunyai kerjaya di salah satu bank di negara ini selama 7 tahun. Saya bertukar pekerjaan dari menjadi Pegawai Bank ke Esekutif Jualan (sales Advisor) disalah sebuah syarikat hartanah terkemuka di negara ketika itu. Walau pun bekerja di bank pada masa itu agak terjamin, pendapatan yang saya terima tidaklah seberapa memandangkan saya baru sahaja berkahwin ketika itu. Dan saya juga cemburu ketika memproses kad kredit yang dipohon oleh pelanggan bank, kebanyakan Salesman kereta Proton Saga ketika itu mempunyai pendapatan sebanyak RM4,000.00 sebulan, sedangkan saya yang bekerja di bank dar pukul 9.00 pagi - 5.00 petang, kadang-kadang terpaksa buat 'over-time' sehingga ke malam hanya berpendapatan lebih kurang RM1,500.00 sahaja. Bukannya saya tak percaya pada rezeki Allah, tetapi saya terfikir ketika itu sepatutnya jika saya bekerja lebih  saya akan mendapat pendapatan yang lebih dan itu tidak berlaku pada saya ketika itu.  Saya merupakan seorang yang sentiasa ingin maju di dalam kerjaya saya dan saya juga adalah merupakan seorang yang sukakan cabaran, malah salah satu prinsip hidup saya , kita  tidak akan pergi jauh jika tidak berani menempuh cabaran lalu mengambil keputusan untuk berhijrah. Pada ketika saya mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Pengurus Bank saya pada ketika itu juga, beliau menyarankan saya agar berfikir habis-habisan kerana bekerja sebagai  Sales Advisor   memerlukan target-target yang perlu dicapai, jika tak tercapai target anda akan dibuang dari syarikat. Agaknya mungkin kerana saya seorang bekas ahli sukan, saya mempunyai mentaliti yang agak kuat untuk mengahurungi segala cabaran di dalam kerjaya yang baru iaitu SALES.

10418216-sold-home-for-sale-real-estate-sign-in-front-of-new-house
Walaupun pengalaman jualan saya lebih kepada jualan hartanah, namun pada hakikatnya saya mencuba pelbagai bentuk pemasaran dan jualan termasuklah otomotif, insuran, unit trust, produk pertanian malah juga Multi Level Marketing. Semua ini kebanyakannya dilakukan secara sambilan (part-time).Walaupun industrinya berbeza, namun konsep pemasaran dan jualannya adalah sama. Senang cerita, produk mungkin berlainan tapi konsep memasarkan dan menjualnya  adalah lebih kurang sama. Saya juga mempunyai lesen untuk menjual Unit atau Saham Amanah dan lesen untuk menjual Insuran Hayat. Saya ambil lesen-lesen di atas pada mulanya adalah semata-semata kerana ingin belajar bagaimana cara memasar dan menjual produk-produk yang intangible (produk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar). Saya juga banyak membantu kawan-kawan usahawan membuat kertas-kertas kerja pelan pemasaran (marketing plan) dan jualan (sales plan) malah juga Pelan Perniagaan (Business Plan). Bila anda memahami konsep pemasaran dan jualan itu sendiri, dengan sendirinya memudahkan anda memasarkan apa sahaja produk atau servis yang ditawarkan tanpa mengenal industri.

images (22)
Sehingga ke saat ini, saya masih lagi bertahan di dalam kerjaya saya sebagai Head of Sales di sebuah syarikat hartanah nombor 1 di Malaysia. Memang banyak cabaran dan liku-liku di dalam kerjaya sebagai Esekutif Jualan mahu pun Pengurus Jualan, namun untuk menjadi seseorang yang profesional di dalam bidang Jualan dan Pemasaran, anda harus tabah dan sabar dengan segala cabaran yang anda lalui. Pada masa yang sama, anda juga harus sentiasa bersikap terbuka untuk terus belajar, belajar dan terus belajar. Teringat kata-kata salah seorang Guru Sales saya " everyday is a new day for sales people like us"... maksudnya hari-hari yang akan kita tempuhi itu akan sentiasa berubah-ubah, contohnya; keadaan politik boleh berubah-ubah begitu juga keadaan ekonomi, keadaan sosio sesuatu masyarakat, teknologi-teknologi baru, persekitaran, peraturan dan undang-undang dan sebagainya seperti di dalam rajah di bawah;

stpa0101
PESTLE Business Environment Factor
Pendek  kata, jika anda boleh mengaitkan perkara-perkara tersebut dengan kerjaya anda sebagai sales people mahu pun marketer, anda berupaya melangkah lebih jauh di dalam bidang ini malah ia boleh memberi anda pendapatan lumayan dan boleh menjadikan anda KAYA jika memahami dan tahu melaksanakan konsep-konsep yang ada yang akan disyerkan selepas ini (Rezeki itu datang dari Allah Subhanahuwataala... selain mempraktikkan apa yang dipelajari disini, sentiasalah dekat denganNya dengan selalu bersujud padaNya, sentiasa menyebutNya, sentiasa memujiNya, sentiasa meminta petunjuk dariNya, mintalah redhaNya, minta diberkat rezeki olehNya, Insyallah bidang Jualan dan Pemasaran boleh membuatkan anda mendapat 'unlimited income' pada masa akan datang.
ANDA TIDAK PERLU ADA MASTER DEGREE mahupun Ijazah untuk berjaya di dalam bidang pemasaran dan jualan ini, malah anda boleh menjadi 
mba-degree-graduation
JUTAWAN dengan hanya memahami prinsip, konsep, merangka, menggunakan strategi yang betul perlaksanaannya, tekun, tabah, bermotivasi tinggi, berfikiran terbuka dan konsisten, Insyallah anda akan dapat yang apa anda impikan. Namun begitu, jika  anda memiliki kelulusan-kelulusan di atas adalah lebih baik kerana ilmu yang anda pelajari itu boleh membantu anda mendapat kefahaman yang lebih cepat. Saya belajar untuk mendapat ilmu dalam bidang yang saya selama lebih 22 tahun dan ia dilakukan kerana minat saya yang mendalam didalam bidang pemasaran dan jualan dan dengan serba sikit ilmu yang ada, tak salah rasanya jika saya berkongsi pengalaman dengan anda semua, walaupun industri kita berbeza. Berbeza industri, maka berbeza produknya, jadi terpulang kepada pembaca bagaimana nak diaplikasikan ke industri yang anda ceburi. Salah seorang Professional Sales Consultant  yang berkhidmat dibawah jagaan saya, berumur 28 tahun hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tapi memuliki kereta Porcshe Cayene dan BMW 5 Series, mempunyai 3 buah rumah yang bernilai RM1.8 juta dan sebuah rumah kedai berharga RM1.5 juta.  Beliau juga banyak membuat pelaburan di Lain-lain tempat hanya melalui duit komisen yang didapati melalui Jualan. Semua yang dicapai itu adalah hasil komisen dari Jualan hartanah sepanjang 5 tahun yang lalu.
Sebelum saya bermula kerjaya sebagai Sales Advisor di salah sebuah syarikat memajukan hartanah pada 1992, pemaju hartanah menjual produk-produk mereka dengan membuat banyak kegiatan pemasaran. Maksudnya, ketika itu setelah produk dilancarkan maka pihak pemasaran- Marketing akan membuat segala aktiviti yang bersangkutan seperti marketing research, marketing plan, marketing strategy dan marketing promotion melalui event, iklan di media, papan tanda dan sebagainya. Namun dengan cara tersebut belum tentu  dapat menjual produk mereka memandangkan pemaju-pemaju ini juga mempunyai saingan atau kompetitor di dalam industri mereka.

Untuk memudahkan syarikat mendapat jualan yang lebih efektif, maka diwujudkan Sales Department bagi menjual produk secara terus kepada pelanggan memandangkan bahagian pemasaran itu sendiri mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memasarkan produk syarikat bermula daripada produk, harga, tempat pengedaran dan promosi (product, pricing, placement, promotion - 4P's marketing-mix). Sudah tentu anda perlu menghadiri latihan atau kursus-kursus yang berkenaan untuk memantapkan lagi jualan sesuatu produk. Namun begitu ia juga bergantung kepada sesuatu produk atau services yang ditawarkan. Apa yang dipelajari sebelum ini adalah lebih kepada offline sesuai dengan keadaan namun kerana pada masa ini, dengan teknologi komunikasi tercanggih yang ada, anda boleh menjual produk-produk anda 
cam.jpg
melalui online samada melaui website, blog, e-mail, menerusi media sosial (facebook, Twitter, Link End, You Tube), Viral Marketing seperti SMS, Instagram, WapsApp dan sebagainya. Ramai yang telah berjaya hingga menjadi JUTAWAN atau kaya-raya dengan pengetahuan pemasaran dan jualan yang ada pada mereka. Kenapa mereka berjaya? Kerana mereka faham Konsep Pemasaran dan Jualan dengan cepat lalu menggunakan pendekatan yang betul melalui proses pemasaran dan Jualan itu sendiri.


Seperti yang dinyatakan di atas, walaupun saya berkecimpun di dalam bidang hartanah, namun saya juga menjadi online affiliate marketer dengan menjual produk orang lain secara sambilan. Biasanya saya membuat kerja-kerja online marketing hanya pada sebelah malam.
Maafkan saya kerana terpaksa menggunakan beberapa perkataan dan istilah-istilah di dalam Bahasa Inggeris di dalam blog Pemasaran dan Jualan ini kerana banyak perkataan, ayat atau istilah yang tidak berapa sesuai untuk dialih bahasakan. Maka oleh kerana itu saya mengambil pendekatan yang lebih 'santai' bagi memudahkan anda semua untuk memahaminya.
"YANG BERJAYA ADALAH KERANA DIA BERANI MENCUBA DAN MEMBUATNYA, YANG TIDAK BERJAYA ADALAH KERANA DIA BERANI MEMBUAT ALASAN UNTUK TIDAK BUAT APA YANG DIPELAJARINYA........."

 




Saturday, January 25, 2014

Buat Duit Dengan Formula Luar Biasa - Realiti atau Scam?

"FORMULA LUAR BIASA (FLB Pro) skim cepat kaya? / tipu?.../ scam?... Biar betul... habis yang aku tiap-tiap minggu ni dapat duit ni hasil dari mana?...hahaha... agaknya kau tipu diri kau sendiri kut?"... dan bukan saya sahaja yang mendapat faedah dari FLB Pro yang di lahirkan oleh Sdr. Mohd. Nizam Salimin ini, malah berapa ramai yang dah buat duit dari program ini. Banyak yang saya baca dalam feedback-feedback orang ramai dalam beberapa blog yang memberi pandangan negatif tentang Formula Luar Biasa ini dan saya juga mendapati banyak komplen-komplen yang agak negatif dalam blog-blog tersebut. Berikut adalah pandangan saya tentang komen-komen yang diutarakan di atas;
  • mereka ini  sebenarnya tidak faham tentang konsep perniagaan "Affiliate Marketing" itu sendiri (mereka tidak tahu "How It Works".
  • mereka tidak tahu produk yang ada dan perlu dijual
  • 'road-map' mereka kabur dan tidak tahu bagaimana hendak mulakan langkah pertama
  • tidak tahu apa yang patut dibuat 
  • mereka tidak tahu bagaimana cara nak promosi
  • mereka takut keluarkan modal kerana tak faham
  • ramai yang ingat bahawa program itu akan memberi duit secara otomatik tanpa berbuat apa-apa (goyang kaki) sedangkan goyang kaki itu hanya datang selepas anda mempelajari dan mempraktikkannya sehingga mendapat sekurang-kurangnya modal yang telah dikeluarkan
  • mereka ini malas belajar
  • mereka ini terlalu banyak bagi alasan
  • mereka ini tidak sabar.
"YANG BERJAYA ITU ADALAH YANG BERANI MEMPELAJARI, MENCUBA DAN MEMBUATNYA, DAN YANG TIDAK BERJAYA ITU ADALAH YANG BERANI MEMBUAT ALASAN UNTUK TIDAK BUAT APA YANG DIPELAJARINYA........."

Di sini saya akan buat sedikit ulasan mengenai Formula Luar Biasa Sdr . Mohd. Nizam yang dikatakan scam itu.

Apa itu Formula Luar Biasa Pro

Formula Luar Biasa yang diasaskan oleh Sdr. Mohd. Nizam Salimin ini memberi satu laporan lengkap mengenai bisnes gayapos yang terbukti berkesan samada online mahu pun offline.


Untuk menjadi ahli, yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM295.00 dan anda akan dibekalkan satu laman web yang telah dibina siap-siap(WEB MEMBINA LIST) oleh Nizam dan siap dilengkapi dengan sistem autoresponder yang baik.


Apa yang anda perlukan hanyalah mencari jalan bagaimana anda boleh mempromosikan laman web yang dibekalkan tersebut.


Komisen akan diberi RM100 bagi setiap jualan dan RM50 lagi untuk jualan 2 tier di bawah anda.


Sdr. Nizam telah memberikan saya idea bagaimana untuk menjana pendapatan sehingga umur bersara saya nanti. Banyak ilmu yang saya pelajari dari Formula yang disyerkan dan ia dalah batu loncatan kepada saya bagi melangkah lagi jauh dalam perniagaan internet pada masa akan datang. FORMULA LUAR BIASA Pro memberi anda informasi yang padat dengan ilmu, cara dan rahsia-rahsia tersembunyi bisnes gayapos, software-software untuk perniagaan internet malah mengajar anda untuk menjadi usahawan internet. Berikut adalah sedikit penerangan mengenai FORMULA LUAR BIASA Pro yang dibahagikan mengikut produk-produk berikut:-


1. Formula Luar Biasa - Laporan hebat yang menerangkan secara terperinci rahsia menjana wang ribuan 

ringgit sehari cara mudah secara sambilan dari rumah. Anda hanya perlu laksanakan sahaja, caranya diterangkan secara TERANG oleh Nizam dalam bentuk hardcopy dan juga sofcopy (CD) yang dihantar terus kepada anda dan ia memakan masa lebih kurang 7 hari untuk sampai ketangan anda. Jadi anda harus banyak-banyak bersabar selepas membuat pembayaran.

2. CD Ekslusif - Di dalam CD ini mengandungi 2 bahagian iaitu;-

  • Pertama Promosi Internet - anda akan diberi laporan sulit promosi secara online dengan cara yang tepat.
  • Kedua Promosi Gayapos - yang mana beberapa surat power dibekalkan untuk anda promosikan. Isteri saya pun telah turut serta membuat Promosi Gayapos ini dan sekarang kami  2 anak perempuan kami yang belajar di IPT juga membuat benda yang sama bagi menampung segala perbelanjaan mereka.
3. Bonus Formula Luar Biasa - Bonus-bonus ni anda boleh cetak dan jual dan ambil 100% keuntungan. dua bonus diberi iaitu Bonus eksklusif CD-ROM 39 Rahsia Duit dan juga Sistem RM750 Sehari & Empayar Jutawan.


4. Bonus PRO - Yang ni untuk rujukan anda dalam mencari sumber pendapatan anda sendiri.


Pada awal menyertai Formula Luar Biasa ini, saya juga agak keliru dah sukat memahami malah ia mengambbil masa hingga sebulan untuk saya mempelajari kaedah yang di kongsi oleh Sdr.Nizam. Sebenarnya terlalu banyak yang diberikan oleh Sdr. Nizam sehingga kita tak tahu bagaimana nak bermula. Saya sendiri banyak membuat research sehinggalah mendapat hala tuju yang betul bagi mempromosikan Formula Luar Biasa ini. Saya akan kongsikan beberapa artikel mengenai Pemasaran dan Jualan supaya pembaca boleh memahami kaedah pemasaran terutama sebagai affiliate marketer di alam cyber ini.


Terpulang pada pandangan masing-masing tapi bagi saya Sdr. Nizam yang saya kenali semenjak tahun 2009 melalui e-marketing beliau, telah mencipta satu FORMULA yang telah mengupas suatu bentuk kuasa pemasaran yang begitu efektif. Saya amat bersyukur kerana Formula Luar Biasa ini betul-betul membuka minda saya dalam perniagaan di internet


RM295 tak berpadanan langsung dengan ilmu dan bahan-bahan yang diberikan oleh Sdr. Nizam dan Insya’allah jika dipratikkan secara serius ia akan membuahkan hasil yang lumayan malah UNLIMITED. Biasanya kita terlalu kedekut untuk mengeluarkan duit untuk ilmu namun sanggup berhabisan duit dengan benda yang tak berfaedah;- 


* Harga Rokok Sekotak RM 12.00 X 30 hari    = RM360.00 sebulan.
                                RM360.00 X 12 bulan = RM4,320.00 setahun      

Apa yang anda dapat dengan pelaburan RM4,320.00 sebulan di atas berbanding RM295.00 sekali seumur hidup yang boleh menjana pendapatan anda sehingga RM90,000.00 setahun?.

* LAGI MAKLUMAT LANJUT FORMULA LUAR BIASA


Ringkasnya, Sebagai Ahli FLB Pro Anda Akan Memiliki Kelebihan Ini DiInternet:

#1 = Link Pengedar Khas Eksklusif!!

Setelah kajian intensif, laman web yang dibekalkan ini mampu membina list untuk anda 24 jam sehari. List adalah mereka yang berminat dengan apa yang anda tawarkan. Setakat ini, lebih 60,000 list telah dibina dengan web ini dan meningkat! Jadi misi utama anda ialah membawa seramai trafik (pelawat) klik link anda, itu sahaja. Saya akan dedahkan kepada anda 3 teknik pros membawa trafik dengan senang!


#2- Autoresponder Yang Berikan Maklumat & Mesej Jualan Kepada List Anda Secara Automatik! 

Selepas anda membina list dengan web tadi, sistem akan membuat followup secara automatik. Jangan risau, semuanya telah saya siapkan untuk anda! Jadi anda hanya tumpukan membawa trafik ke web sahaja dan sistem akan mengambil tugas seterusnya!

#3- Komisen lumayan FLB Pro untuk anda - 2 tier:

Peringkat 1: RM100 x 20 orang = RM2,000!

Peringkat 2: RM50 x 20x20 orang= RM20,000!


#4- Komisen Untuk Produk-Produk Baru Mega Strategy dan ahli FLB Pro yang lain! 

Anda boleh menjana komisen untuk produk-produk baru dari semasa ke semasa samada produk anda sendiri, ahli flb pro yang lain atau Mega Strategy.

#5- Anda Mendapat Produk Hakcipta & Bonus Kilat Bernilai Ribuan Ringgit! 

Jual dan simpan 100% wang kekocek anda! Bonus Kilat siap sedia untuk didownload selepas bayaran disahkan!

#6- Berpeluang Menjana Komisen RM500 Setiap List Dengan CD PLR! 

Komisen kedua untuk anda jika list anda upgrade! RM500 sehari bermakna RM15,000 Sebulan!

#7- Joint Venture Dengan FLB Pro Dengan 100,000 List!

Tak perlu susah cari prospek. Anda boleh jual produk anda secara JV dengan semua ahli FLB Pro! Walau hanya 1% pesan, anda mampu menjana RM20,000K ~ RM50,000 sekelip mata! 


SAKSIKAN VIDEO 
DI BAWAH:











Friday, January 17, 2014

Definisi Pemasaran vs Jualan

Ramai orang keliru makna atau definisi sebenar antara Pemasaran (Marketing) dan Jualan (Sales) . Selalunya orang ramai  menganggap Pemasaran (Marketing) dan Jualan (Sales) itu adalah sesuatu yang sama padahal ia berbeza dari segi definisi, skop, fungsi dan  tugas.  
Sales and Marketing Picture
Namun begitu, Pemasaran dan Jualan amat berkait rapat dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Dalam erti kata lain, ia adalah dua muka yang berada di dalam  sekeping duit syilling yang sama yang selalu disalah erti pengertiannya. Jualan memerlukan Pemasaran bagi membantu penjualan terus kepada pelanggan sedangkan pemasaran lebih kepada penyelidikan produk, mencari tapak  untuk memberi tahu pada pelanggan tentang produk dan membuat promosi bagi melariskan jualan produk. Disini boleh dikatakan bahawa jika tidak ada pemasaran maka tidak adalah jualan. Dengan adanya persefahaman dan kerjasama erat di antara pemasaran dan jualan, ditambah dengan pelan tindakan dan strategi yang betul, peluang untuk kejayaan pemasaran dan jualan bagi sesuatu syarikat mahu pun individu  menjadi lebih hebat lagi.  
images (35)
Definisi Pemasaran


Pemasaran adalah aktiviti yang bersangkut paut tentang proses mengenal, memilih dan membuat produk (product), sebutharga (pricing), tempat  pengedaran kepada pelanggan (placement) dan perancangan pelan tindakan bagaimana untuk mengimplimantasikannya melalui promosi (promotion). Kesemua aktiviti 4P’s yang dipanggil sebagai campuran pemasaran ‘marketing-mix’ (Product, Pricing, Placement-distribution channel, Promotion) tersebut adalah untuk pemberitahuan kepada orang ramai tentang produk atau servis yang dihasilkan dan ditawarkan bagi menepati permintaan, kemahuan dan kepuasan pelanggan.
15_Feb_2011_Sales_Graphic
Definisi Jualan
Jualan adalah aktiviti menjual produk atau servis bagi mendapatkan imbuhan dari segi nilai mata wang. Ia juga merupakan aktiviti bagaimana proses interaksi, proses pertukaran produk atau servis,  diantara penjual dan pelanggan bagi membolehkan kedua-dua pihak mencapai satu persetujuan atau kontrak dimana akan terjadi pertukaran produk yang ditawarkan dengan nilai matawang yang sebenar.
Perbezaan diantara Pemasaran dan Jualan


Pada asasnya, tugas Pemasaran adalah untuk memastikan yang segala maklumat atau mesej tentang keperluan, kelebihan dan keuntungan produk sampai kepengetahuan prospek  melalui informasi yang disalurkan melalui promosi pengiklanan, pameran, aturcara dan sebagainya. Ia seolah-olah memujuk propspek untuk membeli produk yang diiklankan.
Jualan pula pada asasnya  merupakan proses yang melibatkan  proses-proses  jualan yang boleh  mengikat pelanggan untuk mencapai kata persetujuan bagi memastikan prospek menjadi pelanggan dengan mengikat kontrak pembelian.  Kedua-duanya amat memerlukan diantara satu sama lain bagi menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Ianya tidak dapat dilaksanakan jika salah satu samada pemasaran atau jualan kurang berfungsi atau tidak mengikut proses yang ditetapkankan.
Marketing-Sales-Serivce
Jika dapat menyatukan usaha kedua-duanya sekali, anda akan mendapat pengalaman dan manafaat bagaimana pertumbuhan perniagaan yang akan dicapai berkembang begitu pesat. Namun begitu, jika kedua-duanya tidak dapat bekerjasama atau kurang usahasama dari kedua belah pihak, maka tindakan ini akan melumpuhkan pertumbuhan sesuatu perniagaan.
Pemasaran anda seharusnya merangkumi strategi yang boleh dikira atau dianalisa, yang bertujuan untuk memujuk prospek seolah-olah mereka adalah merupakan sebahagian daripada syarikat. Ia juga merupakan mesej kenapa prospek harus mengikat kontrak dengan penjual. Ianya boleh dilakukan melalui aktiviti promosi seperti iklan, perhubungan awam, rangakaian rakan kongsi, media social, penjenamaan, aturcara, pameran, direct-mail, e-mail, pemasaran viral, perkhidmatan mesej ringkas (SMS) dan sebagainya.
Selalunya dikatakan begini, segala usaha pemasaran akan membawa kepada pemahaman prospek tentang produk atau servis yang ditawarkan. Ia menjadikan seseorang prospek itu senang untuk menjadi sasaran pihak jualan. Jika pemasaran dilakukan secara efektif maka mudahlah tugas untuk memujuk prospek menjadi pelanggan. Dengan ini ia juga memudahkan lagi tugas penjual untuk mengakhiri jualan dengan kontrak pembelian. Maka akan berlaku pertukaran produk yang ditawarkan dengan nilai pembelian dalam bentuk nilai matawang.
Namun, pada zaman sekarang di dalam putaran jualan (sales cycle), kita tidak boleh mengenepikan servis yang ditawarkan kepada pelanggan selain daripada produk itu sendiri. Ini kerana jika mendapat servis yang bagus, pelanggan biasanya akan datang semula untuk membeli lagi produk anda malah mereka ini juga akan membawa pelanggan-pelanggan baru kepada anda seperti ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan mereka.
Carta Perbandingan di antara Marketing vs Sales
Marketing
Sales
Approach
Determine future needs
Makes customer demand
and  has a strategy in place
match the  products the
to meet  those needs for
company  currently  offers.
the long term relationship.
Process
One to many
Usually one to one
Focus
Fulfill customer's wants
Fulfill sales volume
and  needs thru products
objectives.
and/or  services the
company can offer.
Horizon
Longer term
Short term
Scope
Identifying customer
Once a product has been
needs (research), creating
 created  for a customer
products  to meet those
need,  persuade  the
needs,  promotions  to
customer  to purchase.
advertise  said  products.
Strategy
Pull
Push
Concept
Marketing is a wider
Sales is a narrower .
concept.
.
Priority
Marketing shows how to
Selling is the ultimate
to reach  construction  to
result  of  marketing.
 the Customers  and build
long lasting  relationship.
Identity
Marketing targets the
Sales is the strategy of
of  a brand  identity so
meeting  needs in an
that  it  becomes easily
opportunistic, individual
associated  with  need
 method, driven by  human
fulfillment.
interaction. There's no
premise of  brand identity,
longevity or  continuity.
It's  simply  the ability to
meet a  need at the
right time.

VIDEO FORMULA BISNES BAIK:





DAPATKAN PANDUAN PERCUMA:

KLIK DI ATAS